GIBRALTAR: Polis di sini merampas dadah jenis kokain bernilai £6.5 juta (RM37 juta) yang disembunyikan di dalam torpedo yang dibina khas dan dilekatkan pada badan sebuah kapal yang tiba dari Colombia.
Pegawai menaiki kapal berkenaan untuk melancarkan gerakan mencari dalam operasi dua hari ketika kapal itu berlabuh di Teluk Gibraltar berikutan maklumat yang diperoleh daripada Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat.
Kokain seberat 108 kilo itu ditemui oleh penyelam.
Tiga orang, termasuk kapten dan ketua jurutera kapal berkenaan, ‘Mount Faber,’ ditangkap.
Pegawai kanan polis Gibraltar Superintendan Ian McGrail berkata, kapal itu belayar dari sebuah pelabuhan di Colombia dan singggah di pulau berkenaan sebelum ke Eropah.
“Kami menerima maklumat daripada DEA Amerika Syarikat yang berkata, kapal itu membawa dadah,” katanya.-Agensi
Kokain Bernilai RM37 Juta Disembunyi Dalam Torpedo
Reviewed by Unknown
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: