LAWAS: Seorang lelaki dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit kes curi kenderaan hanya sempat bersembunyi selama dua bulan di sini sebelum diberkas polis di sebuah rumah di Kampung Sahabat Baru, Merapok di sini petang kelmarin.
Suspek yang berusia 53 tahun, berasal dari Lawas dikehendaki polis Mukah kerana melanggar perintah pengawasan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959, ditangkap jam 2.50 petang.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata ketika kejadian polis terserempak dengan suspek sedang membawa selaras senapang patah dalam keadaan mencurigakan.
“Selepas mengenalkan diri sebagai anggota polis, kami mengarahkan suspek mencampakkan senapang patang ke tanah dan suspek kemudiannya ditangkap.
“Manakala senapang patah, tiga butir peluru dan sehelai baju (bercorak) celoreng turut dirampas daripada suspek,” katanya di sini semalam.
Abang Zainal memberitahu, suspek dikenakan perintah sekatan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 di daerah Mukah kerana terlibat beberapa kes curi kenderaan.
“Bagaimanpun, suspek melarikan diri dan dikesan balik semula ke Lawas sejak dua bulan lalu.
“Kami terpaksa membuat intipan tiga hari sebelum melakukan serbuan kerana suspek di percayai memiliki senapang patah,”katanya.
Menurutnya, senapang patah dan tiga butir peluru hidup akan dihantar untuk ujian balistik dalam masa terdekat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.-UB
Lelaki Langgar Perintah Sekatan Berjaya Diberkas
Reviewed by Unknown
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: