Seo Services

Masyarakat Sadong Jaya Amat Memerlukan Pusat Dialisis



SADONG JAYA: Sudah tiba masanya untuk kawasan Sadong Jaya memiliki Pusat Dialisis kerana masyarakat di kawasan tersebut amat memerlukan perkhidmatan kesihatan berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

“Memandangkan kebanyakan pesakit terpaksa ke Simunjan atau Samarahan dan Kuching untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pusat dialisis perlu diwujudkan di kawasan ini,” katanya selepas Program Ziarah Kamek di Kampung Iboi dan Pelandok di sini semalam.

Menurutnya, sebelum ini Kementerian Kesihatan sudah menawarkan untuk menyediakan perkhidmatan dialisis tetapi keadaan Klinik Kesihatan Sadong Jaya belum dapat memenuhi kriteria dari segi infrastuktur dan kakitangan yang dapat mengendalikan pusat tersebut.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong meminta pihak Klinik Kesihatan Sadong Jaya mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk memastikan hasrat tersebut dapat dilaksanakan.

“Mereka perlu memberi maklumat mengenai kriteria yang diperlukan supaya kita dapat mencari jalan untuk membantu merealisasikan hasrat ini,” tambahnya.

Pada masa sama beliau turut memuji usaha Jabatan Kesihatan Negeri mengadakan Unit Bas Bergerak yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat di luar bandar.

“Menerusi Unit Bas Bergerak ini, di Sadong Jaya sahaja lebih 400 pesakit tampil menggunakan perkhidmatan yang disediakan ini,” jelasnya. – Sarawakiana
Masyarakat Sadong Jaya Amat Memerlukan Pusat Dialisis Masyarakat Sadong Jaya Amat Memerlukan Pusat Dialisis Reviewed by uMieySurianie on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.