CHINA: Seorang juruwang dari timur China menyerah diri kepada polis selepas dia mengaku menyelewengkan wang lebih daripada 2juta yuan (RM1.29 juta) daripada majikannya untuk membeli gincu, minyak wangi dan pakaian.
Wanita berusia 26 tahun tidak menggunakan kebanyakan barangan yang dibelinya sebaliknya hanya untuk menunjuk-nunjuk kemewahan itu di media sosial, lapor Qianjiang Evening News.
Polis menemui hampir 1,000 gincu, minyak wangi, beg tangan dan pakaian di rumahnya dan kebanyakan barangan itu tidak digunakan dan masih mempunyai tanda harga.
Nama sebenar wanita serta maklumat syarikat dia bekerja bagaimanapun tidak didedahkan.
Wanita itu menemui kelemahan akaun semasa menyertai firma itu empat tahun lalu dan membolehkan dia untuk mengambil wang tunai.
Dia mencuri 890,000 yuan pada tahun lepas sahaja.
Menurut laporan itu, dia menghilangkan diri minggu lalu selepas menyedari dia tidak dapat membayar balik jumlah wang yang telah diambilnya.
Wanita itu juga pernah membuat lebih daripada 10 tempahan sehari dari laman membeli belah dalam talian menggunakan wang yang dicuri.
"Saya hanya mahu membeli kerana melihat gambar lipstik dan minyak wangi yang cantik," dia dipetik sebagai berkata.- SH
Mencuri Kerana Mahu Menunjuk Di Media Sosial
Reviewed by uMieySurianie
on
April 06, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
April 06, 2017
Rating:

No comments: