Seo Services

Minyak Mentah Dunia Cecah AS$55 Setong

Image result for Oil rig
LONDON: Harga minyak meningkat di pasaran London hari ini, mencecah AS$55 setong selepas jangkaan inventori pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mengharap pemotongan bekalan dari OPEC. 

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 70 sen kepada AS$54.87 setong pada 1334 GMT. Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate pula naik 68 sen kepada AS$51.71 setong. 

Inventori minyak mentah AS jatuh melebihi jangkaan sebanyak 1.8 juta minggu lalu, mengikut data dari Institusi Petroleum AS. 

Tumpuan kini tertumpu kepada laporan rasmi kerajaan AS bagi mengesahkan penurunan itu. 

Jika ia mengesahkan mengenai stok minyak mentah AS mengalami penurunan untuk kali kedua tahun ini, ia akan menandakan permulaan pengurangan berterusan dalam bekalan minyak mentah AS, kata penganalisis PVM, Stephen Brennock. - REUTERS
Minyak Mentah Dunia Cecah AS$55 Setong Minyak Mentah Dunia Cecah AS$55 Setong Reviewed by Azmin on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.