JAIPUR: Datuk Seri Najib Razak berkunjung ke Rajasthan semalam meninjau penyertaan Malaysia dalam projek infrastruktur di India dan meneroka pelaburan baru.
Diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri tiba di Jaipur pada 11.23 pagi dari New Delhi, selepas mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatan beliau, Narendra Modi, kelmarin.
Dalam lawatan ringkas itu, Najib bertemu Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje Scindia di Taj Rambagh yang sebelum ini istana Maharaja Jaipur.
Beliau menghadiri perbincangan peringkat tertinggi berhubung pencapaian syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur dan peluang pelaburan di negeri itu.
Difahamkan syarikat Malaysia membida projek lebuh raya di Rajasthan, negeri terbesar di India dan bersempadan dengan Pakistan.
Dalam sidang akhbar bersama Najib di New Delhi kelmarin, Modi mempelawa syarikat Malaysia meneroka peluang pelaburan yang luas, termasuk cadangan India mewujudkan 100 bandar raya pintar.-Bernama
Najib Tiba Di Rajasthan
Reviewed by Unknown
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: