Seo Services

Operasi Banteras Dadah Dipertingkat - Abang Ahmad

KUCHING: Polis akan meningkatkan usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dengan memperbanyakkan lagi operasi bersepadu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, dalam operasi yang dilakukan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuching telah berjaya menahan beberapa individu dan merampas pelbagai jenis dadah sejak beberapa hari lepas.

“Dalam satu serbuan berdekatan Kampung Sin Sin, Petra Jaya sekitar jam 10.30 pagi semalam, suspek berusia 19 tahun berasal dari Kampung Semarang ditahan dan satu bekas plastik mengandungi 144 tiub dipercayai syabu telah dirampas.” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kesemua rampasan dadah berkenaan dianggarkan sebanyak seberat 30.61 gram dengan harga pasaran mencecah RM5500.

Suspek yang merupakan seorang penganggur dan didapati positif dadah kini ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Abang Ahmad turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah. -Sarawakiana


Operasi Banteras Dadah Dipertingkat - Abang Ahmad Operasi Banteras Dadah Dipertingkat - Abang Ahmad Reviewed by Unknown on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.