Seo Services

Tidak Perlu Guna Bot Express Ke Kapit Dalam 4 Tahun Lagi


Orang ramai tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bot ekspres untuk ke Kapit dari bahagian Sibu sebaik jalan penghubung Sibu-Kanowit-Song-Kapit sepanjang lebih 200 kilometer (KM) siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun akan datang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, bahagian Kapit tidak lagi menjadi ‘sebuah pulau’ di Borneo malah dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang landskap Kapit akan berubah.

“Sudah lama Kapit menjadi sebuah pulau di Borneo, iaitu hampir 53 tahun. Keadaan ini mesti dihenti dan hanya Perdana Menteri keenam (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membenarkan kita terus tinggal di pulau,"

Beliau berkata, pembinaan jalan penghubung Sibu-Kanowit-Song-Kapit ketika ini sedang berjalan dengan lancar bermula dari Sibu ke Kanowit, seterusnya ke Song dan Kapit, tambahan 120km lagi ke Ulu Baleh.

“Orang ramai masih boleh menggunakan bot ekspres jika memilih menggunakannya tetapi kalau memandu lebih cepat,” ujarnya - Sarawakiana
Tidak Perlu Guna Bot Express Ke Kapit Dalam 4 Tahun Lagi Tidak Perlu Guna Bot Express Ke Kapit Dalam 4 Tahun Lagi Reviewed by Unknown on April 07, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. Long overdue n all the log are gone n the coal too

    ReplyDelete
  2. tapi aku percaya... pekan kapit nanti jadi pekan koboi...

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.