Seo Services

Penubuhan DBOS Bantu Biaya Projek Mega & Strategik


KUCHING: Penubuhan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) akan membantu menyelesaikan masalah kesukaran mendapatkan pembiayaan bagi projek mega dan strategik di negeri ini.

Menurut Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Datuk Peter Minos, ada masanya amat sukar mendapatkan pembiayaan untuk projek-projek utiliti dan kemudahan awam di Sarawak.

“Sedangkan projek-projek seperti jalan raya, jambatan dan hospital sangat diperlukan oleh kerajaan demi kebaikan rakyat.

“Saya percaya Kerajaan Sarawak mahu menyelesaikan masalah yang tiada kesudahan ini, sebab itu mencadangkan penubuhan DBOS,” katanya di sini semalam.

Justeru ujarnya, apa yang diperlukan sekarang ialah modal permulaan dan tenaga kerja mahir diperlukan untuk membangunkan bank tersebut.

Tambahnya, Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai semua keperluan serta syarat sebab itulah Bank Negara Malaysia (BNM) memberi lampu hijau untuk menubuhkan DBOS.

“Sudah tentu ada bank pembangunan negara dan bank komersial tetapi seperti dikatakan, pengalaman Kerajaan Negeri Sarawak dan rakyat Sarawak menyatakan masalah birokrasi, kelewatan dan penangguhan mendapat pembiayaan diperlukan.

“Oleh itu terdapat keperluan untuk DBOS, keperluan yang lahir daripada keperluan,” ujarnya. – Sarawakiana
Penubuhan DBOS Bantu Biaya Projek Mega & Strategik Penubuhan DBOS Bantu Biaya Projek Mega & Strategik Reviewed by uMieySurianie on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.