Seo Services

Perkahwinan Hantu Masih Popular Di China Walaupun Lebih 70 Tahun Diharamkan




BEIJING: Walaupun sudah hampir 70 tahun diharamkan, pihak berkuasa China hingga ke hari ini masih bergelut dalam usaha menangani kegiatan mencuri mayat untuk ‘perkahwinan hantu.’

Agensi berita Xinhua melaporkan, kegiatan itu masih wujud di kawasan pendalaman, khususnya di utara negara itu.

Ia membabitkan usaha keluarga untuk mendapatkan mayat wanita bagi ditanam bersama mayat lelaki yang belum berkahwin, kononnya supaya lelaki berkenaan tidak kesunyian dalam kehidupan selepas mati.

Menurut laporan berkenaan, kepercayaan itu mendatangkan keuntungan besar kepada penjenayah yang bersedia mendapatkan mayat wanita, kadang kala hingga melakukan pembunuhan.

Mayat itu kemudian akan dijual kepada keluarga yang kematian anak bujang dan sanggup membayar ratusan ribu yuan untuk satu mayat.

Amalan ‘perkahwinan hantu’ diharamkan oleh kerajaan pada 1949.

Di Hongtong, daerah di wilayah Shanxi yang didiami 760,000 penduduk, 27 mayat wanita dilapor dicuri sepanjang tiga tahun lalu.

Jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana ada keluarga malu untuk melaporkan kehilangan mayat anggota keluarga mereka.

Menurut Xinhua, seorang lelaki bernama Ching Ming membelanjakakan 180,000 yuan (RM116,000) untuk membeli mayat seorang wanita untuk ‘dikahwinkan’ dengan anaknya yang sudah mati. Dia terpaksa sentiasa menjaga kubur anaknya bagi memastikan mayat wanita itu tidak dicuri untuk dijual kepada pihak lain.- Harian Metro
Perkahwinan Hantu Masih Popular Di China Walaupun Lebih 70 Tahun Diharamkan Perkahwinan Hantu Masih Popular Di China Walaupun Lebih 70 Tahun Diharamkan Reviewed by uMieySurianie on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.