
NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) dibuka agak tinggi dalam awal dagangan hari ini, walaupun pelabur masih menilai semula pertaruhan mereka menjelang pertemuan empat mata antara Presiden AS dan Presiden China.
Pemerhati menjangkakan pertemuan antara Donald Trump dengan Xi Jinping akan menjadi tegang kerana dasar politik Trump dan hubungan ekonomi dua negara ekonomi terbesar dunia itu.
Antara agenda yang dijangka bakal dibincangkan adalah hubungan perdagangan AS-China, selain tekanan kepada Beijing untuk mengekang program senjata Korea Utara.
Pada 9.44 pagi waktu New York, Indeks Purata Perusahaan Dow Jones meningkat 3.09 mata atau 0.01 peratus, kepada 20,651.24. Indeks S&P 500 naik 0.46 mata, atau 0.01 peratus, kepada 2,353.41 manakala Nasdaq Composite naik 5.54 mata, atau 0.09 peratus, kepada 5,870.01. Lima daripada 11 sektor utama S&P 500 mencatat penurunan dengan indeks kewangan turun 0.3 peratus. - REUTERS
Pertemuan AS-China Risaukan Pelabur
Reviewed by Azmin
on
April 07, 2017
Rating:
No comments: