KUCHING: Seorang lelaki dipercayai khayal dibawah pengaruh dadah ditahan pihak polis bantuan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) selepas video aksi cubaan terjunnya tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan anggota polis bantuan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 10.30 pagi.
"Suspek yang berasal dari sebuah kampung di Asajaya kini ditahan kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah atau pil," katanya dalam satu kenyataan disini semalam.
Menurut Abang, satu laporan polis juga telah dibuat untuk dijadikan rujukan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). - Sarawakiana
Polis Tahan Lelaki 'Lalok' Cuba Terjun Jejambat LTAK
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:

No comments: