Seo Services

RM150 Juta Untuk Pembangunan Agropolitan Betong


BETONG: Beberapa jalan akan dibina di sekitar kawasan Projek Agropolitan Bukit Sadok di Betong yang menelan belanja sekitar RM150 juta.

“Beberapa jalan yang dikehendaki telah diluluskan pembinaanya seperti Jalan Sekatap-Meribung-Nangat Jelau-Jelau Atas-Batu Lintang sebanyak RM12 juta,” kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Menurutnya, pembinaan jalan tersebut diikuti pembinaan jalan Ijok-Tekuyu-Lempaong-Batu Pesok-Rantau Layang-Perdu dengan kos RM69 juta, Jalan Sungai Sibau-Ulu Padeh-Ulu Skrang-Nanga Nguman-Perdu dengan kos RM14.5 juta, Jalan Ulu Paku-Ulu Gerenjang-Ulu Krian-Ulu Kota hingga ke Pakan Sarikei dengan kos RM20 juta dan Jalan Penom-Danau-Ulu Bayor yang menelan belanja RM15 juta.

Tambah beliau, “Hari ini, saya membawa hampir RM150 juta untuk Betong dan apabila jalan ke Projek Agropolitan Bukit Sadok siap nanti, saya akan bermesyuarat dengan Uggah bagi memastikan pembangunan lebih baik untuk kawasan ini termasuk NCR (tanah Hak Adat Bumiputera).”

“Pengeluaran surat hak milik tanah kepada pemilik tanah NCR perlu disegerakan sebaik ukur keliling siap kerana tanpanya, prmbangunan projek Agropolitan Bukit Sadok sebagai ‘food basket’ dan pemgambilan ekuiti syarikat tidak dapat dilaksanakan,” jelas beliau ketika berucap di Majlis Pemimpin Rakyat di Rumah Francis Nyanggau, Penom, Paku semalam.

“Saya telah menubuhkan satu pasukan petugas khas yang diketuai oleh Uggah untuk memastikan proses pengeluaran surat hak milik dipercepatkan,” ujar beliau.

Timbalan Ketua Menteri dan juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amak Douglas Uggah Embas berkata, “projek Agropolitan Bukit Sadok mempunyai keluasan hampir 300,000 hektar dan ia mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai ‘food basket’ di negeri ini namun beberapa projek pembangunan infrastruktur perlu dilaksanakan terutama pembinaan jalan raya.”

“Terima kasih Ketua Menteri walaupun sibuk tetapi masih dapat meluangkan masa bersama kita di sini,” tambah beliau.-Sarawakiana

RM150 Juta Untuk Pembangunan Agropolitan Betong RM150 Juta Untuk Pembangunan Agropolitan Betong Reviewed by Azmin on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.