SIBU: Kastam mengesahkan pihaknya merampas sayap-sayap ayam dan menimbusnya di kawasan berhampiran Bukit Aup kerana tidak memiliki permit import.
Pengarah Kastam Negeri Sarawak Ahmad Zainudin Drahman berkata jumlah rampasan kepak ayam itu adalah 8.1 tan dan nilai rampasannya ialah RM543,706.
Sayap-sayap ayam itu yang digali semula oleh penduduk setempat dan malah ada yang dijual itu, diimport dari Belanda.
Justeru, teka-teki orang ramai pihak mengenai punca dan pihak bertanggungjawab terhadap kerja-kerja menimbus ribuan kilogram sayap ayam kini terjawab.
Pengakuan itu sekali gus menafikan dakwaan orang ramai mengatakan ia berpunca daripada status halal sayap ayam itu.
Kastam merampas sayap-sayap ayam itu pada 23 Februari lalu di Pelabuhan Rajang, dan ditanam di Bukit Aup pada 30 dan 31 Mac.
Beliau pada sidang media di sini hari ini turut memaklumkan baki kepak ayam akan digali dan ditanam semula di Tapak Pelupusan Sampah Kemuyang dengan bantuan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).
"Tugas kami adalah untuk membersihkan kawasan tapak pelupusan kepak ayam di Bukit Aup (Telok Engkalat) dengan lebih teratur," tegasnya lagi.
Menurutnya, kepak ayam yang ditimbus itu akan digali semula dan dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah di Kemuyang dengan menggunakan lori hari ini.
"Kami akan menyemburnya (tapak) dengan bahan kimia iaitu Sodium Hyperchloride dan Calcium Hyroxide di kawasan pelupusan semula itu apabila ia sudah ditanam kelak sebagai langkah pencegahan pencemaran," ujarnya lagi.
Pihak kastam juga, jelasnya, akan melakukan rawatan yang sama di lokasi kepak ayam ditimbus terdahulu untuk tujuan sama.-UB
Sayap Ayam Dirampas Kastam Sebab Tiada Permit Import, Bukan Isu Halal
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:

No comments: