KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menetapkan dasar dan polisi yang jelas berhubung penggajian pekerja asing iaitu bilangan pekerja asing tidak boleh melebihi 15 peratus dari guna tenaga negara sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).
Justeru menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, pihak kerajaan akan sentiasa berhati-hati bagi memastikan peluang pekerjaan sentiasa diutamakan kepada rakyat tempatan.
“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia, jumlah pekerja asing warga China yang telah diluluskan melalui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asas sehingga 31 Disember 2016 ialah seramai 13,441 orang atau 0.7 peratus dari keseluruhan bilangan pekerja asing melalui PLKS yang berjumlah 1.866 juta orang.
“Manakala bagi pas penggajian untuk kategori pegawai dagang, jumlahnya adalah 2,146 orang sahaja.
“Pihak kerajaan akan sentiasa berhati-hati bagi memastikan peluang pekerjaan diutamakan kepada rakyat tempatan.
“Dalam masa yang sama kita hendaklah pastikan bahawa bilangan pekerja asing tidak melebihi 15% guna tenaga negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Wan Hassan bin Mohd Ramli (PAS – Dungun) pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya lagi, peningkatan kemasukan pelaburan asing adalah selaras dengan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Di samping itu katanya, pertumbuhan kadar FDI meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dan prospek yang lebih baik kepada rakyat tempatan. - klxpress
Bilangan Pekerja Asing Tidak Lebih 15 Peratus Guna Tenaga Negara – Richard Rio
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:

No comments: