LAHAD DATU: Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pagi tadi selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pesalah trafik.
Suspek berumur 37 tahun itu yang ditahan di Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dikatakan meminta dan menerima rasuah RM3,500 sebagai balasan untuk tidak mendakwa seorang pemandu treler berhubung satu kemalangan maut pada tahun 2012.
Difahamkan, kes kemalangan itu yang berlaku pada Februari tahun berkenaan mengakibatkan kematian seorang orang awam dan mencederakan seorang lagi individu.
Selepas siasatan dijalankan, pemandu treler terbabit sepatutnya dikenakan saman dan tiada arahan untuk menuduhnya di mahkamah.
Bagaimanapun, suspek dikatakan mengambil kesempatan dan meminta wang rasuah RM3,500 daripada pemandu treler berkenaan kononnya supaya dia tidak dituduh dan dijatuhkan hukuman penjara.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan suspek yang ditahan jam 11.30 pagi tadi akan direman esok bagi membantu siasatan mengikut seksyen 17 ( a) Akta SPRM 2009.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.-BH
SPRM Tahan Inspektor Polis Minta Rasuah
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:

No comments: