KUCHING: Tinggal dalam pondok usang dan hanya mengharapkan ihsan jiran. Begitulah kehidupan Samsudin Abdullah,55, yang menetap di Kampung Siol Kandis.
Samsudin yang berasal dari Kampung Lumut, Kota Samarahan tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya mengharapkan simpati jiran dalam bentuk makanan bagi meneruskan kehidupan.
Dia juga hidup sebatang kara kerana tidak pernah berkahwin selain tidak mempunyai saudara mara lagi sebagai tempat bergantung.
"Saya tidak mempunyai kerja dan hanya mengharapkan belas kasihan jiran untuk meneruskan kehidupan," katanya.
Prihatin dengan nasib menimpa Samsudin, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) hari ini melawatnya dan menghulurkan bantuan.-Sarawakiana
Lelaki Hidup Sebatang Kara Mendapat Perhatian Tabung Baitulmal Sarawak
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:

No comments: