Seo Services

Teksi Terbang Mungkin Jadi Realiti


NEW YORK: Teksi terbang mungkin menjadi realiti di bandar raya di Amerika Syarikat dengan syarikat, termasuk Uber, bersaing untuk memperkenalkan teknologi itu.

Teksi yang digelar e-VTOLS atau ‘pelepasan dan pendaratan vertikal elektrik’ kini diuji beberapa syarikat teknologi, termasuk Google dan Airbus, lapor akhbar New York Post.

Satu model, Dron EHang 184 yang boleh memuatkan seorang penumpang dijadual memulakan penerbangan di Dubai bulan depan.

Kenderaan itu yang dibuat sebuah syarikat dron China boleh menerbangkan penumpang yang berat kurang daripada 100 kilogram selama 23 minit.

Dalam pada itu, Uber berharap untuk memperkenalkan E-VTOLS dalam perkhidmatannya dalam masa 10 tahun akan datang.

Syarikat itu akan mengadakan sidang kemuncak bulan ini dengan mempelawa pakar teknologi untuk membincangkan idea berkenaan.

Kos kenderaan itu yang mungkin mahal pada peringkat permulaan dijangka berkurangan secara drastik dan lebih murah daripada menaiki helikopter.

Lebih menarik lagi, ia akan menggunakan jentera elektrik.

Bagaimanapun, seorang pakar menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan kenderaan itu terbang terlalu rendah dan terhempas.

Namun, mereka yang berminat memajukan e-VTOLS berkata, pelbagai masalah akan cuba diatasi sebelum ia diperkenalkan kepada orang awam.-Agensi
Teksi Terbang Mungkin Jadi Realiti Teksi Terbang Mungkin Jadi Realiti Reviewed by Unknown on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.