MANILA- Beratus-ratus penduduk berhampiran kawasan pantai di wilayah selatan ibu negara Filipina terpaksa melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi selepas siri tiga kejadian gempa bumi menggegarkan pulau Luzon.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) mengesahkan, tiga gempa bumi dengan magnitud 5,0 hingga 5,9 melanda wilayah Batangas, kira-kira 90 kilometer dari selatan Manila dalam tempoh hampir 20 minit.
Ketua Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum mengesahkan gempa bumi tersebut merupakan gegaran susulan dalam garis sesar aktif namun tidak cukup kuat untuk menyebabkan tsunami.
Tanah runtuh juga dilaporkan berlaku di beberapa bandar dan sebahagian daripada menara sebuah gereja Katolik di pulau berkenaan dilaporkan runtuh. - REUTERS
Tiga gempa bumi gegar Filipina
Reviewed by Unknown
on
April 09, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 09, 2017
Rating:

No comments: