KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menaikkan umur bersara wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun seperti dilaporkan dalam beberapa laporan portal media.
Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata kerajaan sentiasa bersifat terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan orang ramai berkaitan usia persaraan yang bersesuaian.
"Ia perlu diperhalusi kerana membabitkan pelbagai agensi dan perubahan polisi secara menyeluruh.
"Kajian secara mendalam perlu dilakukan kerana peningkatan usia bersara wajib baru sahaja diimplementasikan kepada 60 tahun pada Julai 2013," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Rohani dilaporkan berkata beliau menerima cadangan supaya had umur umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun.
Namun, katanya, kerajaan perlu membuat kajian secara menyeluruh berhubung cadangan itu sebelum membuat sebarang keputusan.-BH
Kerajaan tidak cadang naikkan umur bersara
Reviewed by Unknown
on
April 09, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 09, 2017
Rating:

No comments: