KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.
Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata beliau berharap jumlah imbuhan itu pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu.
"Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi.
Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Peringkat Terengganu di sini hari ini.
Katanya, beliau akan berjumpa dengan pihak kerajaan mengenai permohonan CUEPACS untuk bantuan kewangan itu bagi penjawat awam dalam masa dekat.
Dalam pada itu, beliau menafikan laporan yang viral di media sosial yang mendakwa CUEPACS memohon umur persaraan penjawat dilanjutkan sehingga 65 tahun berbanding 60 tahun pada masa ini.
"Itu tidak benar. Kita hanya minta naik gaji sahaja. Kenyataan itu ternyata dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya di media sosial," katanya.
Tahun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. - BERNAMA
CUEPACS Mohon Bantuan Khas Raya RM1,000
Reviewed by Azmin
on
May 23, 2017
Rating:
Reviewed by Azmin
on
May 23, 2017
Rating:

Staf gov selalu asyik minta kenaikan gaji,kenaikan bonus aidilfitri, tapi kualiti kerja sangat mengecewakan, selalu keluar rehat tak ikut masa,pulang lambat ke pejabat,keluar shopping time kerja (yg ni banyak kat putrajaya, cari kat alamanda)tak mesra pelanggan, kerja slow gila dan macam2 lagi masalah. Harap ramai je staf,tapi x boleh pakai,mengabihkan beras je..yg pangkat tinggi2 lagi la..keje goyang kaki je kat opis,harap gaji free..da tua2 pencen je la,duduk rumah buat amal ibadat..bg peluang generasi lain berkembang..asyik nk pikir tembolok sendiri je..kami yang pekerja swasta ni pn bayar cukai jgk..kami pn rakyat malaysia,gaji kami bukannyer besar sgt..sama je dgn kamu, malah ada yang lebih rendah dr staf gov..tapi kami xde minta bonus dr kerajaan malaysia walaupn kami antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara..bagaimana nasib kami,sape yg nak bela? Henti2kanlah permintaan mengarut cuepacs..mcm korg je yg berjasa utk negara..kami pun rakyat malaysia,kami pun menyumbang..dr minta bonus,baik ko turunkan gst,sama2 merasa.
ReplyDeleteMinyak naik 20 sen / barang mentah naik 20 sen
ReplyDeleteMinyak turun 30 sen /barang mentah harga maintain
Minyak naik 10 sen / barang mentah naik 10 sen
Minyak turun 50 sen /barang mentah harga maintain
Kesimpulannya, harga minyak boleh turun naik, tapi harga barang tak turun tapi sentiasa naik.
Sape yg kenal najib boleh tlg tanyekan tak soklan upsr ni?
Minyak naik 20 sen / barang mentah naik 20 sen
ReplyDeleteMinyak turun 30 sen /barang mentah harga maintain
Minyak naik 10 sen / barang mentah naik 10 sen
Minyak turun 50 sen /barang mentah harga maintain
Kesimpulannya, harga minyak boleh turun naik, tapi harga barang tak turun tapi sentiasa naik.
Sape yg kenal najib boleh tlg tanyekan tak soklan upsr ni?