Seo Services

Landasan Kereta Api Laos -China Dijadual Beroperasi Disember 2021


VIENTIANE: Landasan kereta api Laos-China dijadual beroperasi pada Disember 2021, kata Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Lattanamany Khounnyvong pada Isnin, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Lattanamany merangkap ketua lembaga pengurusan projek berkata, projek pembinaan landasan kereta api bermula pada Disember 2016 dan sejak itu 51 daripada 75 terowong telah digali selain turut melibatkan enam kontraktor ikon dari China.

Beliau berkata, kerajaan dan parti Laos menyifatkan projek berkenaan sebagai satu sistem pengangkutan paling berkesan untuk negara dikelilingi daratan seperti Laos dengan kos murah, aspek keselamatan dan memberikan kesan miminum pada alam sekitar.

Apabila beroperasi kelak, ia berupaya meningkatkan dagangan, pelaburan, pelancongan, dan menjana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kemiskinan.

Landasan sejauh 414,332 kilometer membabitkan pelaburan sebanyak US$5.8 bilion, bermula dari Vientiane ke sempadan Laos-China dengan 75 terowong dan 167 jambatan. - BERNAMA
Landasan Kereta Api Laos -China Dijadual Beroperasi Disember 2021 Landasan Kereta Api Laos -China Dijadual Beroperasi Disember 2021 Reviewed by Azmin on May 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.