Seo Services

Pembantu Tadbir Tak Mengaku Tujuh Tuntutan Palsu


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir yang berkerusi roda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan pembelian ubat-ubatan palsu berjumlah hampir RM11,000, empat tahun lalu.

Tertuduh, Siti Nor Hakiki Abdullah, 38, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga ketujuh, tertuduh yang juga pembantu tadbir di Kementerian Pertahanan Malaysia didakwa memperdayakan Pegawai Tadbir Awam, Siti Kartika Sari Mohamad Salleh, tujuh borang perubatan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan, Berhubung Tuntutan Pembayaran Bagi Pembelian Ubat di AA Pharmacy Bargain Base Sdn Bhd, Bangsar melalui tujuh keping resit berjumlah RM10,979.00 yang mengandungi butiran matan palsu di mana ubat-ubat itu tidak pernah dibeli.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Markas Logistik Udara, Pangkalan Udara Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur antara 12 Ogos 2013 hingga 10 Disember 2013.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM 2009) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak lebih lima kali jumlah suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon supaya mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia tidak mempunyai kewangan mencukupi.

Allaudeen kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 26 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam. - BHOnline
Pembantu Tadbir Tak Mengaku Tujuh Tuntutan Palsu Pembantu Tadbir Tak Mengaku Tujuh Tuntutan Palsu Reviewed by Azmin on May 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.