Seo Services

Lima Pekerja Stesen Minyak Jadi Wira



BEIJING: Lima pekerja di sebuah stesen minyak di barat daya China wajar dipuji di atas tindakan pantas mereka kerana mengelakkan kemalangan besar daripada berlaku susulan sebuah motosikal terbakar.

Menurut laporan penyiar CCTV, kejadian pada pagi 4 Mei lalu menunjukkan seorang lelaki menyalakan api menggunakan pemetik api selepas mengisi minyak di stesen minyak di Yibin, wilayah Sichuan.

Seorang pekerja yang berdiri berhampiran cuba untuk mengelakkan kebakaran berlaku dengan menggunakan pemadam api.

Pada masa sama, penunggang motosikal tersebut menolak motosikalnya ke tepi sehingga mencetuskan kebakaran secara tiba-tiba.

Menurut laporan, penunggang motosikal yang hanya dikenali sebagai Yan, 42, bertindak melompat ke arah kebakaran tetapi kemudiannya ditarik keluar oleh pengurus stesen, Qiu Chunchu.

Sementara itu, pekerja lain di stesen itu cuba untuk mengawal kebakaran menggunakan pemadam, menghubungi polis dan menutup kawasan tersebut demi keselamatan.

Qiu kemudian menarik motosikal menjauhi pam petrol bagi mengelakkan letupan lebih besar berlaku.

Dia bagaimanapun melecur di tangan kiri dan dahi.

Kebakaran akhirnya berjaya dipadamkan selepas empat minit dan Yan ditahan polis.

Minggu lalu, Sinopec, firma yang memiliki stesen minyak berkenaan memberi ganjaran berupa wang tunai berjumlah 65,000 yuan (AS$9,500) kepada lima pekerja terbabit. - South China Morning Post/mStar
Lima Pekerja Stesen Minyak Jadi Wira Lima Pekerja Stesen Minyak Jadi Wira Reviewed by uMieySurianie on May 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.