MONACO: Monaco menerima bidaan yang memecah rekod dunia sebanyak 113 juta pound (RM618.12 juta) untuk bintang remaja mereka, Kylian Mbappe.
Pemain berusia 18 tahun itu menjadi antara pemain yang menjadi buruan kelab-kelab utama dunia selepas menampilkan aksi luar biasa dalam kempen musim ini dengan meledak 26 jaringan dalam semua pertandingan.
Meskipun dikaitkan dengan pelbagai kelab tetapi Manchester City mendahului saingan selepas menawarkan 113 juta (RM618.12 juta) sekali gus membayangi nilai 93.2 juta pound (RM509.81 juta) yang dibayar Manchester United untuk mendapatkan Paul Pogba.- Agensi
Monaco Terima Bidaan RM618 Juta Mbappe
Reviewed by Unknown
on
May 29, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
May 29, 2017
Rating:

No comments: