Seo Services

Wanita 23 Tahun Isteri Baharu Jamal Abdillah


Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memilih wanita berusia 23 tahun sebagai isterinya yang dilangsungkan pada 1 April lalu.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan berkongsi lanjut tentang butiran majlis perkahwinan kali keempatnya itu.

Difahamkan, isteri penyanyi yang terkenal dengan lagu Azura itu berasal dari Kulim, Kedah.

“Alhamdulillah, benar saya sudah bernikah, doakan yang baik-baik buat rumah tangga saya.

"Maaf saya tidak mahu berkongsi lanjut. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” jawabnya ringkas kepada mStar Online.

Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.

Isteri pertamanya ialah Basariah Abdul Latiff (bercerai), kedua, Noraina Mohd. Yusof (bercerai) dan ketiga, Fatimatuzahrah Samad (bercerai).

Beliau memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani daripada perkahwinan ketiga.-mStar

Wanita 23 Tahun Isteri Baharu Jamal Abdillah Wanita 23 Tahun Isteri Baharu Jamal Abdillah  Reviewed by Unknown on May 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.