Seo Services

2 Tentera AS Maut Ditembak Komando Afghanistan


JALALABAD: Sekurang-kurangnya dua anggota tentera Amerika Syarikat terbunuh manakala dua lagi cedera ditembak seorang anggota komando Afghanistan ketika satu operasi bersama di wilayah Nangarhar, hari ini.

Jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata, kejadian berkenaan berlaku di daerah Achin yang sekian lama menjadi lokasi pertempuran antara pasukan keselamatan AS dan Afghanistan terhadap militan Daesh serta Taliban.

Anggota komando berkenaan turut terbunuh dalam insiden itu. Punca kejadian masih dalam siasatan. - REUTERS
2 Tentera AS Maut Ditembak Komando Afghanistan 2 Tentera AS Maut Ditembak Komando Afghanistan Reviewed by Azmin on June 11, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.