Seo Services

Bank Negara Beri Kerjasama Penuh Kepada RCI


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dalam menyediakan maklumat berkaitan kerugian pasaran tukaran asing (forex).

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata ia akan memberikan maklumat seperti yang dikehendaki undang-undang.

BNM menyambut baik pembentukan RCI oleh kerajaan untuk menyiasat secara bebas kerugian forex dan menyelesaikan peristiwa yang berlaku lebih 25 tahun lepas.

“Di mana-mana negara, kesahihan, integriti dan kredibiliti bank pusat sangat penting dalam mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sistem kewangan yang kukuh dan ekonomi yang stabil,” kata BNM.

Bank pusat berkata ia memberi jaminan kepada orang ramai dan pasaran kewangan yang ia tidak akan terganggu daripada menjalankan kewajipan negara dalam melaksanakan mandatnya.

“Kami akan tegas dalam melindungi kestabilan monetari dan kewangan negara, serta kelancaran fungsi sistem pembayaran,” kata BNM. - Bernama
Bank Negara Beri Kerjasama Penuh Kepada RCI Bank Negara Beri Kerjasama Penuh Kepada RCI Reviewed by Unknown on June 22, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.