MANILA: Insiden tebusan di sebuah sekolah rendah di selatan Filipina dilaporkan berakhir selepas anggota militan yang menyerbu sekolah itu melarikan diri.
Jurucakap tentera berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
"Ia sudah berjaya diselesaikan. Mereka sudah melarikan diri. Mereka sudah tidak ada di situ (sekolah). Kawasan sekolah sudah kembali selamat," kata jurucakap tentera, Brig Jeneral Restituto Padilla kepada pemberita.
Bagaimanapun, Padilla berkata, pihak tentera sedang menyiasat sama ada anggota militan terbabit masih menahan lima orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Katanya, tiada murid sekolah yang dijadikan tebusan oleh militan.
Terdahulu, jurucakap kumpulan militan itu berkata, mereka sudah membawa orang awam ke kawasan selamat susulan pertempuran dengan pihak tentera dan tidak berhasrat untuk menahan mereka. - Reuters
Insiden tebusan di Filipina berakhir
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2017
Rating:

No comments: