TENOM - Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki rentung dalam kejadian kebakaran di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Pamaluyan di sini hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kedua-dua mangsa yang berusia 20 dan tiga tahun itu ditemui di dalam kediaman tersebut selepas kebakaran berjaya dikawal.
Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada pukul 8 pagi seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tenom dekat sini segera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam kebakaran.
"Pasukan bomba tiba pada pukul 8.39 pagi dan api berjaya dipadamkan. Bagaimanapun, rumah berkenaan terbakar seratus peratus.
"Kemudian, kedua-dua mangsa ditemui di kawasan ruang tamu rumah terbabit. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Punca dan jumlah kerugian kebakaran masih dalam siasatan. - K! ONLINE
Kanak-kanak tiga tahun ditemui rentung
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2017
Rating:

No comments: