Seo Services

Polis siasat anggota sebarkan gambar mangsa bunuh


IPOH: Polis menyiasat pegawai dan anggotanya yang menyebarkan gambar wajah mangsa pembunuhan hingga menjadi viral di laman sosial sejak 6 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata pihaknya giat mengesan individu yang menyebarkan gambar berkenaan termasuk daripada kalangan pegawai dan anggota polis.

"Gambar mangsa dalam keadaan kepala hampir putus dan mengerikan tersebar di Facebook tidak sepatutnya berlaku.

"Susulan itu, kita akan siasat perkara itu (siasatan terhadap pegawai dan anggota) dan dirujuk kepada pihak atasan (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) sebaik memperoleh keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Mes Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Chang Keong berkata, pihaknya menahan lapan individu berusia 20-an hingga 30-an berhubung kejadian kes bunuh itu.

"Kita anggap kes itu (pembunuhan) sudah selesai dengan tertangkapnya lapan suspek dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi 6 Jun lalu, mangsa S Ganasan, 30, ditemui dalam keadaan kepala hampir putus dipercayai akibat ditetak selain kecederaan di beberapa bahagian badan di tepi jalan di Kilometer 6, Jalan Ipoh-Lumut di sini.
Polis siasat anggota sebarkan gambar mangsa bunuh Polis siasat anggota sebarkan gambar mangsa bunuh  Reviewed by Unknown on June 21, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.