KUCHING: Sebuah syarikat pembinaan dan sebuah syarikat telekomunikasi di negeri ini didenda kerana gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha, berkata kedua-dua syarikat terbabit masing-masing didenda RM12,000 dan RM22,000.
Beliau berkata, dua kes terbaru itu menjadikan enam syarikat di Sarawak dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, tahun ini.
"Tahun lalu, sebanyak 12 syarikat didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan mengikut Akta GST dan didenda RM287,000," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - BH
Syarikat Gagal Kemuka Penyata GST Didenda
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2017
Rating:

No comments: