SHANGHAI: Sekurang-kurangnya lima maut manakala 89 lain cedera, apabila saluran paip gas meletup di timur laut China, nahas kedua dalam tempoh seminggu.
Agensi berita Xinhua melaporkan hari ini, letupan sekitar jam 2.45 petang semalam di bandar Songyuan dalam wilayah Jilin.
Bagaimanapun, agensi itu tidak menamakan pemilik jaringan paip terbabit.
Xinhua berkata, pekerja sedang membaiki bahagian paip apabila berlaku kebocoran.
Katanya, letupan menjejaskan pesakit dan kakitangan di sebuah hospital berhampiran, namun tidak memberi butiran lanjut.
Usaha menyelamat sedang dilakukan dan siasatan sudah dilancarkan.
Letupan Songyuan itu selepas insiden sama di wilayah barat daya China di Guizhou Ahad lalu, apabila sekurang-kurangnya lapan maut akibat letupan saluran gas asli yang dikendalikan China National Petroleum Corp.
Reuters
5 maut, paip gas meletup di timur laut China
Reviewed by Unknown
on
July 05, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 05, 2017
Rating:

No comments: