Seo Services

9 Penunjuk Perasaan Mati Di Venezuela


CARACAS: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh semalam, selepas terbabit dalam beberapa pertempuran di sini dan beberapa lokasi lain seluruh Venezuela.

Ia adalah insiden terbaru dalam siri keganasan yang mula tercetus sejak empat bulan lalu, susulan pengisytiharan pilihan raya oleh Presiden Nicolas Maduro.

Seorang penduduk, Conchita Ramirez berkata, keadaan tak ubah seperti satu peperangan dengan tembakan dilepaskan bertalu-talu oleh pasukan keselamatan terhadap orang ramai.

Siri tunjuk perasaan itu dan keganasan bermula sebaik Maduro mula mengisytiharkan tarikh pilihan raya, membuatkan beliau dikecam hebat di peringkat antarabangsa.

Beliau dilihat memperjudikan pemerintahan empat tahunnya dengan kewujudan badan rakyat yang akan diperkasakan untuk membubarkan kongres pembangkang dan menggubal semula perlembagaan negara.

Menurut barisan pendakwa, sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan terbunuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut sejak keganasan tercetus empat bulan lalu kepada 120 orang.

Antara mangsa termasuk seorang peguam berusia 39 tahun di tenggara Ciudad Bolivar yang dicalonkan untuk menduduki kabinet baharu itu.

Mangsa dikatakan ditembak di kediamannya lewat malam Sabtu dan motif pembunuhan masih tidak diketahui. - AFP
9 Penunjuk Perasaan Mati Di Venezuela 9 Penunjuk Perasaan Mati Di Venezuela Reviewed by Azmin on July 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.