Seo Services

Aktiviti Kebajikan Wujudkan 'Momen Perpaduan' - Najib


KUALA LUMPUR: Aktiviti kebajikan boleh mewujudkan momen perpaduan bagi mengeratkan perpaduan rakyat negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata selain sukan, aktiviti kebajikan yang bertujuan membantu 'golongan yang memerlukan', wajar dijadikan platform memupuk perpaduan kaum.

"Jika sukan boleh menjadi satu medium yang boleh memupuk semangat perpaduan tidak kenal warna kulit, agama dan budaya, menolong orang susah pada saya juga momen perpaduan, kerana kita membantu sesiapa yang perlukan bantuan dan mendapat ganjaran. Kalau orang Islam, dapat pahala.

"Seperti majlis hari ini, semua bangsa datang bersama," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Pusat Jagaan Warga Emas Ti-Ratana di Desa Petaling di sini Rabu.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalannya Datuk Loga Bala Mohan.

Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membina bangunan baharu pusat jagaan warga emas itu.

Katanya sumbangan tersebut tambahan kepada RM1 juta yang diperuntukkan semasa pembinaan pusat kebajikan itu beberapa tahun lalu dan beliau berharap pihak yang berkemampuan turut dapat menghulurkan bantuan.

Kos keseluruhan pembinaan bangunan itu dianggarkan sebanyak RM12 juta dan sebelum sumbangan RM1 juta yang diumumkan perdana menteri hari ini, sebanyak RM4 juta telah berjaya dikumpulkan.

Bangunan baharu itu yang dijangka siap dalam tempoh 13 bulan boleh menempatkan 180 warga emas.

Persatuan Kebajikan Ti-Ratana ketika ini menyediakan rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. - BERNAMA
Aktiviti Kebajikan Wujudkan 'Momen Perpaduan' - Najib Aktiviti Kebajikan Wujudkan 'Momen Perpaduan' - Najib Reviewed by Azmin on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.