Seo Services

Empat Jam Rekod Keterangan, Kumpul Dokumen


KUCHING: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa empat jam bagi merekod keterangan dan mengumpul dokumen di sebuah firma penilaian hartanah berhubung siasatan kes penjualan hotel empat bintang di bandar raya ini kepada Felda Investment Corporation (FIC).

Pegawai pasukan khas dibentuk Ibu pejabat SPRM itu memasuki firma berkenaan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini pada jam 10 pagi sebelum dilihat meninggalkan premis berkenaan pada jam 2.10 petang.

Seorang daripada pegawai dilihat membawa kotak dipercayai mengandungi dokumen berkaitan transaksi berkenaan bagi membantu siasatan.

Turut diserbu pejabat syarikat pemilik dan pengurusan asal hotel berkenaan dan ejen hartanah yang terbabit dalam urusan jual beli berkenaan.
Empat Jam Rekod Keterangan, Kumpul Dokumen Empat Jam Rekod Keterangan, Kumpul Dokumen Reviewed by Unknown on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.