Seo Services

Ikan Jantan Jadi ‘Pondan’ Kesan Pil Pencegah Hamil



LONDON – Satu perlima ikan jantan kini menjadi transgender akibat bahan kimia dalam pil perancang yang dibuang ke dalam longkang dari kediaman penduduk, menurut satu kajian yang dilaporkan dalam akhbar The Daily Telegraph.

Ikan air tawar jantan menampilkan ciri-ciri betina, malah turut bertelur, demikian menurut hasil kajian tersebut.

Sejumlah ikan itu mengeluarkan sperma tidak berkualiti, kurang agresif selain kurang kompetitif dan tidak mampu untuk membiak dengan sempurna.

Bahan kimia yang mendatangkan kesan itu termasuk kandungan pil pencegah kehamilan dan bahan sampingan dalam agen pembersih, plastik serta kosmetik.

“Kami menunjukkan bahawa bahan kimia ini memberi kesan lebih meluas terhadap kesihatan ikan berbanding jangkaan kami sebelum ini,” kata saintis daripada Universiti Exeter, Profesor Charles Tyler.

Beberapa ujian menunjukkan 20 peratus ikan air tawar jantan seperti ikan roach di 50 lokasi berbeza dilihat memiliki ciri-ciri betina.

Lebih 200 bahan kimia dari loji kumbahan telah dikenal pasti memiliki bahan estrogen, manakala ubat-ubatan seperti ubat anti­tekanan juga mengubah kelakuan semula jadi ikan.

Tyler membentangkan pe­nemuan itu pada kuliah pertama Simposium Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Perikanan di Kepulauan Britain di Universiti Exeter pada 3 hingga 7 Julai ini. – Agensi

Ikan Jantan Jadi ‘Pondan’ Kesan Pil Pencegah Hamil Ikan Jantan Jadi ‘Pondan’ Kesan Pil Pencegah Hamil  Reviewed by uMieySurianie on July 05, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.