Ranau : Orang ramai mengutip lambakan ikan Basung dari sebuah lori yang terbalik di Kampung Kaung Lapai di sini, pagi semalam.
Mereka mengutip ikan yang berselerak hingga ke dalam longkang di Jalan Tamparuli-Ranau, lapor Harian Metro.
Ketua polis daerah Tuaran berkata kejadian jam 5.30 pagi mengakibatkan kenderaan bergerak perlahan berikutan satu lorong terpaksa ditutup sehingga 7.30 pagi.
DSP Abdul Fuad Abdul Malek berkata lori itu kemudian dialihkan menggunakan jentera berat.
Pemandu lori, 30-an, belum membuat laporan setakat ini. - MalayMail
Lori Terbalik, Orang Ramai Kutip Ikan Dalam Longkang
Reviewed by Unknown
on
July 05, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 05, 2017
Rating:

No comments: