Seo Services

Menteri Pertahanan Jepun Letak Jawatan


TOKYO – Menteri Pertahanan Jepun Tomomi Inada meletak jawatan kerana mengambil tanggungjawab ke atas skandal membabitkan operasi pasukan pertahanan Jepun yang berkhidmat di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan, kata Perdana Menteri Shinzo Abe.

Tugas Inada diambil alih Menteri Luar Fumio Kishida sehingga pelantikan baharu dibuat, lapor agensi berita China Xinhua.

Perletakan jawatan Inada dikemukakan menjelang rombakan kabinet yang dirancang perdana menteri minggu depan.

Menurut sumber, nama yang disebut mungkin menjadi pengganti Inada ialah bekas Menteri Pertahanan Itsunori Onodera.

Perletakan jawatan itu, susulan dakwaan terbabit menyembunyikan rekod dalaman mendedahkan bahaya dihadapi Pasukan Pertahanan Diri (GSDF) Jepun yang ditugaskan di bawah misi pengaman PBB di Sudan Selatan.

Beberapa pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan anggota tertingi tentera pada Disember lepas, memberitahu terdapat rekod catatan yang memperincikan keadaan semakin kritikal bagi tentera Jepun, telah dibuang anggota GSDF.

Kementerian sebelum ini, menegaskan pada Februari telah menemui data dalam format digital pada komputer milik Pejabat Petugas Staf Bersama Pasukan Pertahanan Diri dan mendakwa data itu telah dibuang petugas GSDF.

Jepun akhirnya memanggil pulang anggota GSDF dari misi PBB pada akhir Mei tahun ini, dengan alasan tugasan pasukan berkenaan sejak lima tahun sudah cukup memberangsangkan.

Kerajaan langsung tidak menyatakan arahan memanggil pulang tentera kerana keadaan keselamatan yang semakin meruncing di Sudan Selatan.

Inada turut menafikan dakwaan terhadapnya, kementerian juga menolak tuduhan beliau terbabit dalam menyembunyikan data.

Beliau adalah rakan sekutu rapat perdana menteri dan dilantik menjadi menteri pertahanan pada Ogos lepas. – BERNAMA
Menteri Pertahanan Jepun Letak Jawatan Menteri Pertahanan Jepun Letak Jawatan Reviewed by Unknown on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.