Seo Services

Peluru Berpandu Dipintas Berhampiran Makkah


RIYADH: Tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi mengumumkan kejayaan menangkis peluru berpandu balistik yang ditembak oleh pemberontak Houthi Yaman, lewat semalam.

Ia berjaya dimusnahkan di kawasan yang berhampiran dengan Makkah, kira-kira sebulan menjelang musim haji.

“Senjata itu berjaya dipintas pada jarak kira-kira 69 kilometer sahaja di selatan Makkah yang terletak di barat Arab Saudi,” menurut gabungan tentera itu dalam satu kenyataan.

Pihak tentera turut menyifatkan ia adalah satu cubaan terdesak oleh pemberontak syiah itu bagi menjejaskan musim haji yang bakal bermula awal bulan depan. – AFP/BH ONLINE
Peluru Berpandu Dipintas Berhampiran Makkah Peluru Berpandu Dipintas Berhampiran Makkah Reviewed by Unknown on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.