Seo Services

Pemandu Kancil Maut, Kemalangan Berdekatan Simpang Roban


SARATOK: Seorang maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan Perodua Kancil dan Toyota Rush berdekatan simpang Roban dekat sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.00 petang tadi, apabila sebuah kenderaan Perodua Kancil yang membawa seorang penumpang dari arah Saratok bertembung dengan Toyota Rush yang bergerak dari arah Sarikei.

Impak kemalangan tersebut menyebabkan pemandu Perodua Kancil Mat@Ring Nyaru, 55 tahun maut ditempat kejadian, manakala seorang penumpang Endu Sawing berumur, 58 tahun hanya mengalami kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata,  dalam kenderaan Perodua Kancil terdapat dua orang mangsa, seorang pemandu dan seorang penumpang, manakala Toyota Rush hanya pemandu seorang sahaja.

Menurutnya, mangsa merupakan pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya. – Sarawakiana
Pemandu Kancil Maut, Kemalangan Berdekatan Simpang Roban Pemandu Kancil Maut, Kemalangan Berdekatan Simpang Roban Reviewed by Admin on July 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.