Seo Services

Penjelasan mengenai 1MDB telah dibuat sebanyak 72 kali

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pakatan Harapan yang diketuai DAP didakwa telah ketandusan idea untuk menyerang kerajaan hingga membangkitkan berkali-kali mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kerajaan telah menjelaskan sebanyak 72 kali mengenai isu tersebut dengan menggunakan pelbagai medium termasuk televisyen, forum dan menjalani siasatan secara terbuka oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Apakah mereka ini bebal, atau tuli atau tidak tahu membaca dan menulis? Bukankah telah berpuluh kali kerajaan jelaskan tentang isu 1MDB, termasuklah mengadakan siasatan secara terbuka tentang penyelewengan syarikat tersebut.

“Saya fikir rakyat tidak perlu layan mereka yang tidak faham bahasa dan suka mengulangi soalan yang sudah pun terjawab. Mereka bukanlah mahukan jawapan, tetapi sekadar mahu mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan terhadap kegagalan pentadbiran pembangkang di negeri yang mereka kuasai, termasuklah isu dalaman pembangkang itu sendiri,” katanya di Shah Alam, hari ini. - UTUSAN ONLINE
Penjelasan mengenai 1MDB telah dibuat sebanyak 72 kali Penjelasan mengenai 1MDB telah dibuat sebanyak 72 kali Reviewed by Admin on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.