SIBU: Kementerian Pengangkutan diminta mempertimbangkan penggunaan pesawat Boeing bagi laluan Sibu-Kota Kinabalu dan Sibu-Singapura untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke bandar ini dan ke wilayah tengah negeri ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, ia adalah penting bagi memajukan industri pelancongan di kawasan tersebut.
Menurutnya, hubungan udara yang terhad dan struktur tambang yang mahal merupakan halangan utama dihadapi dalam mempromosi dan membangunkan industri pelancongan di wilayah berkenaan.
“Hubungan udara dengan negeri jiran Sabah dan negara terdekat Singapura dengan kita di Sibu adalah sangat terhad selain kadar tambang mahal,” katanya sambil menambah perkara itu menjadi penghalang utama dalam membangunkan industri pelancongan di situ.
Beliau berucap semasa menutup Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2017 anjuran Majlis Perbandaran Sibu (SMC) di Dataran Sibu di sini malam Sabtu yang berlangsung sejak 19 Julai lalu. - Bernama
Pertimbang Pesawat Boeing Dari Sibu
Reviewed by Unknown
on
July 31, 2017
Rating:
No comments: