Seo Services

Petros DIjangka Ditubuh Dalam Masa 6 Bulan


KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan bekerjasama dengan Petronas dalam penubuhan Syarikat Petroleum Sarawak (Petros) yang akan dimiliki 100 peratus oleh kerajaan negeri Sarawak.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, kerjasama dengan Petronas dirancang untuk menubuhkan Petros.

"Kerajaan kini menubuhkan syarikat Petroleum Sarawak atau Petros yang kita harap belum ada nama sedemikian digunakan dan ia dimiliki 100 peratus kerajaan negeri.

"Kita akan bekerjasama dengan Petronas dan dijangka ditubuhkan dalam masa enam bulan kerana kita perlu memastikan pihak kita sudah bersedia terlibat dalam aktiviti huluan minyak dan gas," tegasnya selepas merasmikan Jerayawara BEM (Lembaga Kejuruteraan Malaysia) serta menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini, semalam.

Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari menjelaskan, penubuhan Petros oleh kerajaan negeri Sarawak akan mempertingkatkan penglibatan rakyat Sarawak terutama dalam aktiviti huluan minyak dan gas di perairan negeri Sarawak.

"Penubuhan (syarikat) adalah salah satu daripada pendekatan yang kita ambil," ujarnya.

Katanya, pendekatan itersebut akan membolehkan anak Sarawak terlibat dalam aktiviti huluan minyak dan gas berbanding dengan hanya membuat aduan tanpa sebarang inisiatif.

"Jika kita sekadar mengadu tanpa sebarang inisiatif tiada gunanya. Adalah lebih baik kita mempersiapkan diri dengan aktiviti huluan dan kita mempunyai jurutera bersama kita dalam perkara ini," tambah beliau lagi. - Sarawakiana



Petros DIjangka Ditubuh Dalam Masa 6 Bulan Petros DIjangka Ditubuh Dalam Masa 6 Bulan Reviewed by Azmin on July 05, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. Harap2 apa yg di Rancang oleh kerajaan Negeri sarawak boleh di Realisasikan demi kepentingan Rakyat sarawak saya sebagai warga Borneo dari sabah menyokong penuh Usaha KM sarawak.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.