Seo Services

Polis Sarawak Siasat Individu Sebar berita Palsu Wabak Rabies



MIRI: Polis Sarawak memulakan siasatan berkaitan penyebaran ‘posting’ yang dimuatnaik di laman sosial mengenai wabak rabies Sarawak susulan laporan dibuat oleh pegawai jawatankuasa pengurusan bencana negeri kelmarin.

Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat laporan mengenai ‘posting’ tersebut yang mendakwa lebih daripada 20 lokasi di Sarawak telah diwarta sebagai kawasan wabak rabies sedangkan hanya 20 kawasan yang diisytihar sejak kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato Dev Kumar semalam, pihaknya memandang serius berkenaan laporan tersebut kerana ianya boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

“Polis menganggap perkara ini serius dan sedang menyiasat laporan tersebut di bawah Seksyen 505(b) Kanun Jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.-Sarawakiana
Polis Sarawak Siasat Individu Sebar berita Palsu Wabak Rabies Polis Sarawak Siasat Individu Sebar berita Palsu Wabak Rabies Reviewed by Unknown on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.