Seo Services

Rani Kulup Sanggup Ambil Siti Kasim Sebagai Isteri Ketiga

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup menyatakan kesanggupan mengambil aktivis LGBT, Siti Zabedah Kasim yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim sebagai isterinya yang ketiga.

Bercakap menerusi siaran video di Facebook hari ini, Rani Kulup yang sudah memiliki dua isteri dan gemar membahasakan diri sebagai ‘Ayah’ turut menyeru pengguna media sosial (netizen) supaya tidak berterusan mengutuk Siti Kasim.

“Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.

“Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni.. tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” katanya sambil tergelak.

Kenyataan itu menyusul sehari selepas Rani Kulup menafikan khabar angin yang mendakwa beliau adalah suspek ditahan polis kerana membuat ancaman rogol dan bunuh ke atas Siti Kasim.

“Apa ingat saya tak ada ‘taste’ (selera) kah? Bukan sahaja saya, malah orang asli sendiri belum tentu ada selera nak rogol perempuan macam tu,” ujarnya.

Tanpa memberikan sebab punca ‘perubahan selera’ yang mendadak itu, Rani Kulup menerusi kenyataan video tersebut juga menasihatkan netizen untuk mendoakan supaya Siti Kasim berubah ke arah kebaikan.

“Kita doakan dia supaya siti kasim ni terbuka hati dia balik semula ke pangkal jalan, kita doa.

“Ayah doa Siti Kasim lembut hati, sentiasa muhasabah diri sentiasa kesal atau menyesal apa dia buat. Jangan kutuk dia kita doakan dia supaya dia lembut hati. manusia ini boleh berubah,” ujarnya yakin.

Beliau juga sempat menitipkan pesanan mesra kepada Siti Kasim.

“Asalkan nama Siti Kasim, I love you, ok Siti Kasim… kipidap, dongibab,” katanya penuh makna. – SuaraTV




Rani Kulup Sanggup Ambil Siti Kasim Sebagai Isteri Ketiga Rani Kulup Sanggup Ambil Siti Kasim Sebagai Isteri Ketiga Reviewed by Admin on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.