Seo Services

Sabah, Sarawak bakal bincang pembahagian cukai pelancongan

KOTA KINABALU - Sabah dan Sarawak akan mengadakan perbincangan pembahagian cukai pelancongan bersama Kerajaan Pusat bagi memajukan sektor pelancongan di kedua-dua buah negeri tersebut.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pengagihan cukai kepada Sabah, Sarawak dan Semenanjung membolehkan lebih banyak kemudahan infrastruktur pelancongan dibina.
Advertisement

“Kedua-dua negeri sudah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut, tetapi belum menetapkan tarikh pertemuan tersebut,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jet Boat, Smart Hero Voyage di sini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Jonniston Bangkuai; Pengarah Urusan Smart Hero Voyage (Malaysia) Sdn. Bhd., John Chan; Pengurus Besar Xia Men Smart Hero Voyage Limited, Cherry Feng dan Ketua Bahagian Teknologinya, Callan Grammer.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan penarikan semula cukai pelancongan terhadap rakyat tempatan yang melancong di dalam negara.

Bagaimanapun, kadar cukai bagi pelancong asing sebanyak RM10 untuk setiap bilik semalam adalah kekal atas semua taraf hotel.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Masidi berkata, langkah Kerajaan Pusat membatalkan cukai pelancongan ke atas pelancong tempatan dapat meringankan kos perbelanjaan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Ini disebabkan sebahagian besar rakyat tempatan yang menginap di hotel-hotel dalam negeri bukan kerana melancong sebaliknya atas urusan rasmi dan bekerja," jelasnya - K! ONLINE
Sabah, Sarawak bakal bincang pembahagian cukai pelancongan Sabah, Sarawak bakal bincang pembahagian cukai pelancongan Reviewed by Admin on July 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.