Seo Services

Sarawak Mahu 'Ratah' Melaka United


KUCHING: Sarawak merancang tiga mata penuh dalam aksi bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat malam ini.

Pengendali Ngap Sayot, Pengiran Bala berkata, mengambil kira bermain di tempat lawan agak kurang tekanannya berbanding di gelanggang sendiri, beliau yakin anak-anak buahnya mampu pergi jauh.

“Secara jujur, saya memang khuatir kerana ketiadaan Demerson Bruno Costa dan Ronny Harun, namun saya yakin, Hairol Mokhtar dan Mazwandi Zekeria mampu memggalas beban menggantikan mereka.

“Saya menaruh harapan yang tinggi kedua-duanya dapat bertahan baik seperti aksi menentang JDT tempoh hari,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Pengiran berkata, satu lagi khabar gembira ialah kembalinya Nur Shamie Iszuan untuk memperkuat jentera serangan, selepas beraksi untuk skuad kedua kebangsaan.

“Kehadiran Shamie amat penting bagi membuka serangan pantas dari tepi bersama-sama Tommy Mawat Bada, sambil dibantu Sahil Suhaimi di garis tengah.

Malam ini kata Pengiran, beliau tidak mahu banyak.

“Saya mahu Milos Raickovic dan Mateo Roskam melaksanakan tugas mereka.

“Kita amat perlukan tiga mata penuh, dan malam ini seharusnya menandakan kebangkitan.

“Tiada lagi alasan, kerana waktu ini keserasian pasukan seharusnya bukan lagi isu.

Katanya, tugas utama pemainnya adalah mengekang asakan lawan, sambil melancarkan serang balas pantas.

Sarawak kini berada di tangga ke-10 Liga Super dengan pungutan 14 mata, manakala Melaka di kedudukan ke-11 dengan 12 mata. – Sarawakvoice
Sarawak Mahu 'Ratah' Melaka United Sarawak Mahu 'Ratah' Melaka United Reviewed by Unknown on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.