Seo Services

Sultan Johor Puas Hati, Bakal Menantu Pandai Mengaji, Solat


Bakal menantu Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar mampu menghafal al-Quran dan menunaikan solat sejak memeluk Islam pada Mei 2015.

Dennis Muhammad Abdullah, 28, yang berasal dari Belanda juga mengikuti kelas fardu ain dan belajar tentang rukun-rukun dalam Islam termasuk puasa dan zakat.

“Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang, termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir daripada al-Quran, doa Qunut serta ayat Kursi,” kata bekas setiausaha kerajaan negeri seperti dilapor Harian Metro.

“Selain tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, beliau juga tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang Ramadan.”

Datuk Ismail Karim berkata Dennis juga diajar tentang Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, tulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

Katanya Sultan Ibrahim turut berpuas hati dengan pencapaian dan kesungguhan yang ditunjukkan Dennis, hasil bimbingan dari Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Dennis bakal berkahwin dengan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini. - Malaymail
Sultan Johor Puas Hati, Bakal Menantu Pandai Mengaji, Solat Sultan Johor Puas Hati, Bakal Menantu Pandai Mengaji, Solat Reviewed by Unknown on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.