Seo Services

Trump Tidak Akan Lepaskan Assad


WASHINGTON: Presiden Donald Trump mendakwa pemimpin Syria, Bashar al-Assad, melakukan jenayah keji kemanusiaan dan berjanji menghalang rejimnya melakukan lebih banyak serangan kimia.

Bercakap pada sidang akhbar Rumah Putih dengan Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, Trump menyifatkan militia Syiah, Hizbullah, sebagai ancaman kepada seluruh Asia Barat.

"Saya bukan peminat Assad. Saya rasa apa yang dilakukannya kepada negara itu dan kemanusiaan adalah keji," katanya.

Menyentuh semula arahan serangan peluru berpandu ke atas Syria kerana menggunakan senjata kimia, Trump berkata: "Saya bukan seseorang yang cuma melihat dan membiarkan beliau terlepas dengan apa yang cuba dilakukan."

Trump juga percaya kemungkinan tiada pembabitan Russia atau Iran di Syria jika bekas Presiden Barack Obama mengambil tindakan terhadap Assad.

Beliau menuduh Hizbullah dan Iran menyemarakkan bencana kemanusiaan di negara itu.

"Hizbullah adalah penjahat kepada negara, rakyat Lubnan dan seluruh rantau itu.

"Ia terus meningkatkan sistem senjatanya yang mengancam untuk memulakan konflik dengan Israel," katanya. - AFP
Trump Tidak Akan Lepaskan Assad Trump Tidak Akan Lepaskan Assad Reviewed by Azmin on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.